- shariffamalia
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
Updated: Jul 21, 2021
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Pęka B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut:
1. Beban Penyakit Tidak Berjangkit.
2. Kesihatan Mental
3. Beban Kanser
4. Rawatan Kanser
5. Kos Alat Perubatan
6. Masalah Pengangkutan
Konsep PeKa B40:
1. Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.
2. Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.
3. Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
a) Penerima BSH dan pasangannya yang berdaftar.
b) Berumur 40 tahun ke atas.
4. Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari di pautan berikut: https://www.pekab40.com.my/bm